Ku Mohon Kemaafanmu
- Aini Ali | Cetusan Minda 2014
- Dec 21, 2017
- 4 min read

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi
Sahabatku….
Lagu sahabat nyanyian Najwa Latif dan Syamkamarul jelas didendangkan di radio. Sekali lagi manik-manik jernih jatuh ke pipiku. Kejadian itu seperti bermain-main di benakku.
“Ini semua salahku!Salah aku!Apa yang sudah aku buat.Ya Tuhanku aku telah berdosa.Kau ampunilah dosa-dosa hambamu ini Ya Allah!”rintih hatiku.
Air mataku bercucuran keluar.Aku tidak sanggup hendak mengingati dosa-dosa silamku.Aku berdosa kepadaNYA dan berdosa terhadap insan yang aku sangat sayangi.
Sofea Zahrah.Nama sahabatku,Sahabatku yang sudahku anggap sebagai ahli keluargaku.Dialah teman setiaku.Dialah sahabat yang boleh diajak berbual.Dialah yang aku boleh berkongsi masalah.Dialah yang menyinari hidupku dengan keceriaanya.Dia adalah sebahagian daripada hidupku.Tanpanya,aku kesunyian.Tanpanya juga aku lemah.Sofea merupkana sahabatku sejak dari sekolah rendah lagi.Kami berada di dalam kelas yang sama pada setiap tingkatan.Persahabatan kami berterusan sehingga ke menara gading.Kesimpulannya,aku dan Sofea tetap bersama-sama di sekolah rendah dan menengah,maktab rendah dan akhir sekali di universiti.
Aku dan Sofea boleh dikatakan seperti isi dan kuku.Dalam kegiatanku,Sofea pasti hadir bersama.Sama juga dengan kegiatan Sofea,pasti aku hadir bersama.Ramai yang sering tertany-tanya bagaimana kami boleh berkawan rapat dalam jangka masa yang panjang.Setiap kali persoalan ini dikemukakan,kami hanya tersenyum simpul sahaja.Sebenarnya kami berdua secara kebetulan mempunyai minat yang sama.Semuanya sama kecuali perwatakan kami.Aku dan Sofea meminati akan bidang guaman dan oleh itu,kami memutuskan untuk sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti dan mengambil jurusan seni.
Aku bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan seorang sahabat yang amat mulia dan berbudi baik.Aku sangat gembira tatkala menghabiskan masa bersama-sama dengan Sofea.Sepanjang persahabatanku bersama Sofea, tidak pernah sekali pun aku dan Sofea bertikam lidah.Langsung tiada.Malah,setiap hari kehidupanku dan Sofea diisi dengan gelak ketawa kami berdua,Namun,di antara kami berdua,Sofealah yang paling ceria dan tenang sekali.Dia tidak sekali pun menunjukkan wajah muram ataupun wajah seperti seseorang yang dalam kesusahan.Sofea mempunyai peribadi yang sangat baik.Dia cukup dididik dengan pelajaran ukhrawi serta duniawi.Tingkah lakunya juga sopan dan sangat teratur sehinggakan aku ,dalam diam sangat mengagumi akan sifat-sifatnya.Sofea boleh dikatakan sebagai seorang yang sempurna!Aku tidak pernah pun melihat cacat celanya.Kadangkala aku terfikir,apa rahsianya sehingga hidupnya itu setenang air di kali.
Hendak dibandingkan dengan diriku,aku jauh berbeza.Aku seorang yang sangat keras hati dan terlalu naif.Aku juga panas barannya dan tidak seperti Sofea yang bersikap tenang itu.Namun,keakraban kami tidak berpanjangan sehingga ke tua.Satu kejadian telah meragut keceriaan kami.Ia telah banyak menjejaskan diriku dan mungkin juga hubunganku dengan Sofea.
Kami berdua berjaya dalam kejayaan masing-masing.umur sudah meningkat dan tentunya aku inginkan teman.Teman yang bukan seperti Sofea.Aku hendakkan seorang teman hidup untuk berlindung,memiliki kasihnya serta teman untuk aku hidup bersama sepanjang hayat.Aku dahagakan kasih daripada seorang insan bernama lelaki yang boleh aku jadikan sebagai pasangan hidup.Alhamudillah syukur terhadap Ilahi kerana telah mengkabulkan doaku.Aku bertemu dengan jejaka idamanku bernama Haris.Haris mempunyai segala-galanya.Kami berdua saling menyayangi dan mencintai.Sofea sebagai sahabat baikku menyokongku.Aku dan Haris berpacaran selama hampir setahun dan oleh itu,kami memutuskan untuk berkahwin.Dalam jangka setahun itu juga Sofea masih hidup solo.
Hari pernikahanku bersama Haris semakin dekat.Sofea masih berada di sisiku dan membantuku dalam persiapan majlisku.Aku sungguh beruntung kerana mendapat rakan yang terlalu baik untukku.Namun ,saat hari kegembiran hampir muncul,aku dikejutkan dengan perkara yang tidakku ingini.Dua hari sebelum pernikahanku,aku ternampak Sofea dengan Haris seiring berjalan menuju ke hotel.Subhanallah!Apa semua ini?Apa yang cuba Sofea lakukan?Ini tidak boleh jadi!Mengapa rakanku sanggup menikamku dari belakang?Apa yang Sofea mahukan?Haris?
Aku mara ke hadapan tanpa memikirkan secara rasional tentang mengapa mereka bedua berada di sana.
“Sofea Zahrah!”bergegar satu bangunan dengan suaraku yang lantang.
“Dasar perempuan hiprokit!Penipu!Kau keterlaluan!Kejam!Kurang ajar!”aku teriak tanpa mempedulikan orang ramai di sekelilingku.
Aku tidak mempedulikan keadaan sekelilingku.Bekas tapak tanganku masih merah di pipi Sofea.Aku menamparnya sekuat hati.Pemborgolan rasa masyghul jelas terpancar di wajaku.Hatiku bagai ditikam-tikam dengan pisau belati yang menusuk jauh ke sanubariku.Kekecewaanku tidak dapat dikatakan lagi.Perit sungguh rasanya.Inikah sahabatku yang kusanjungi selama ini?
Sofea yang terjatuh akibat tamparanku yang terlalu kuat terkejut akan kehadiranku.
“Kau sanggup rampas Haris dari aku.Kau memang bukan yang aku sangkakan.Kau telah memperbodohkan aku!”sekali lagi aku berbicara.
Sofea masih tetap merenungku dan tidak membalas kata-kata kesatku.Sofea terus berlari meninggalkan begitu juga dengan Haris.Aku pulang dengan perasaan yang sungguh marah.Walau bagaimanapun,tidak akan aku lepaskan Sofea begitu.Aku menghubungi dan mengupah seseorang untuk merogol Sofea!Aku mahu Sofea merasakan kesakitan yang aku rasa.Sehari selepas itu,aku dikejutkan dengan kehadiran Sofea di rumahku.Sofea datang membawa barang-barang yang telah aku berikannya sewaktu persahabatan kami masih baik.Dia juga memberikan aku sepucuk surat.Sebelum melangkah pergi,Sofea sempat berkata sesuatu.
“Persahabatan kita putus buat selama-lamanya.Tiada maaf bagimu!”Sofea berkata dengan nada yang hiba.
Aku membaca isi kandungan surat Sofea.Aku jatuh terduduk saat aku membacanya.Ya Allah! Apa semua ini?Sofea tidak pernah menikamku dari belakang!Rupa-rupanya Sofea hanya menemani Haris untuk membantu menempah bilik hotel khas untukku dan Haris.Dia hanya ingin mencantikkan bilik itu.Mengapa aku bodoh sangat!Apa yang aku telah lakukan?Sofea tidak bersalah!Aku sudah menghancurkan hidupnya.Kesucian Sofea telah diragut semata-mata kerana aku hendak membalas dendam kesumatku.Maafkan aku…
Aku berasa diriku sangat jijik.Aku telah merosakkan kehidupan sahabatku sendiri!Hanya kerana perselisihan faham,putus terus hubungan persahabatanku ini.Semenjak kejadian itu,hidupku dibelenggu dengan khilafku.Aku tidak dapat membersihkan noda-noda hitam di dalam hidupku.Setiap hari aku bermimpi akan Sofea.Semuanya menunjukkan kesengsaraan Sofea sewaktu dirogol.Aku zalim!Zalim yang teramat...Aku meraung-raung menjerit nama Sofea.
Tiba-tiba,bahuku ditepuk.Haris berada di sebelahku dan memelukku.Dia sangat memahamiku.Kini,aku hidup bersama suami yang kucintai.Tidak dapat aku lupakan akan persahabatanku dahulu.Bak kata pepatah,berpatah arang berkerat rotan.Semuanya kesilapan bodohku.
Kaulah yang satu
Menjadi
Sahabatku….
Comments