Mencintaimu
- Aini Ali | Pena Emas
- Mar 14, 2017
- 2 min read

Mencintaimu... Seumur hidupku Selamanya... Setia menanti Walau di hati saja... Seluruh hidupku Selamanya... Kau tetap milikku
Lagu Mencintaimu yang dinyanyikan oleh Kris Dayanti jelas kedengaran.Lagu yang sungguh bermakna bagi Zaara. Siapakah yang menyanyikan lagu Melayu di majlis resepsi kaum Cina? Suara yang menyanyikan lagu itu...Sungguh merdu dan menghayat hati....Suara itu pernah didengarinya pada masa dahulu.Masa lalu yang sungguh memeritkan hati. Adakah dia yang sedang menyanyikan lagu itu? Zaara berpaling ke belakang dengan penuh debaran.Mata Zaara terpaku buat seketika kepada orang yang menyanyikan lagu itu.Bercucuran air mata keluar dari pelipis mata Zaara.Memang dialah yang Zaara sangkakan.
Panahan mata si dia sungguh memukau. Terkejut?Sedih?Gembira?Perasaan Zaara ketika itu bercampur-baur.Si dia sebagai pengantin lelaki pada malam itu bukan menujukan lagu itu kepada isterinya tetapi ia ditujukan kepada Zaara!Zaara cuba menahan esakannya. Mengapa harus si dia mengingatkan kenangan silam itu kembali?Perasaan rindu semakin membuak-buak.Mengapa harus ini terjadi? Zaara terus berlari keluar tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Aku perlu tinggalkan tempat ini.Aku tidak patut menghadiri majlis ini.Ini adalah untuk kebaikanku dan juga untuknya.Aku harus pergi..."bisik hati kecil Zaara.
Ethan Lee.Nama itu acap kali meniti di bibir Zaara pada masa dahulu.Dialah satu-satunya lelaki yang mempunyai ruang di hati Zaara. Ethan dan Zaara merupakan sahabat yang akrab. Keakraban mereka berdua sebagai sahabat bertukar sejurus selepas bait-bait cinta mula berputik di antara mereka.Destinasi Sentosalah yang menjadi saksi percintaan mereka.
Hati Zaara semakin berbunga.Segalanya tentang Ethan sempurna di matanya.Lesum pipitnya membuatnya kelihatan sungguh comel. Yang paling menarik hati Zaara ialah senyuman giginya yang putih bak asmaradanta.Zaara cuba menafikan perasaannya tetapi..aah!.Zaara menyayangi Ethan Lee!
Pejam celik,pejam celik,sudah sepuluh tahun Zaara dan Ethan berkawan .Zaara menyimpan perasaannya.Sehinggalah satu hari Ethan memberitahu Zaara bahawa dia telah jatuh cinta. Jantung Zaara hampir tercabut.Perit rasanya.Siapalah wanita yang bertuah itu? Zaara tersenyum tawar sebaik sahaja mendengar pengakuan Ethan.
"Wanita itu pasti lebih cantik dariku.Beruntung wanita itu kerana dapat memiliki seorang lelaki yang mulia seperti Ethan,"bisik hati kecil Zaara.
Zaara berharap sangat bahawa wanita yang berjaya memikat hati Ethan adalah dia .Zaara tahu bahawa mereka berlainan bangsa tetapi apakan daya,hatinya sudah terpaut.Bak kata pepatah,"Cinta itu buta".Zaara hanya mampu untuk memberikannya kata-kata semangat untuknya berterus terang kepada wanita bertuah itu. Namun sebaliknya,Zaara diberikan kejutan yang sangat-sangat diharapkan Zaara selama sepuluh tahun.Zaara seperti bermimpi.Zaara merupakan pilihan hati Ethan. Dari situlah lagu'Mencintaimu'oleh Krisdayanti menjadi lagu yang simbolik buat mereka.Lagu itu melambangkan percintaan mereka kerana Ethan telah melamarnya untuk menjadi teman wanitanya dengan menyanyikan lagu itu buat Zaara.Mereka bahagia sehinggalah.....
Mengapa Ethan pergi begitu sahaja?
Sebulan berlalu..
"Mengapa engkau mempermainkan perasaanku!"bentak Zaara.
Hancur luluh hati Zaara.Hati Zaara remuk-redam semuanya.Sepuluh tahun menanti, mencintai. dan menyayangi Ethan.Akhirnya,perhubungan mereka putus begitu sahaja.Tiada angin,tiada ribut.Apa semuanya ini? Mungkin sudah suratan takdir.Zaara mencekalkan hatinya untuk membaca sepucuk surat yang turut diselitkan di kad perkahwinan itu.Buat sekian kalinya Zaara mengalirkan air mata setelah membaca kandungan surat yang ditulis oleh Ethan.Rupa-rupanya Ethan telah dipaksa berkahwin dengan pilihan hati ibunya.
Ya Allah!Sungguh berat cabaran yang diberikan Tuhan kepada Zaara.
"Anak ibu yang seorang ini baik-baik sahajakan?"tegur ibu Zaara yang tiba-tiba muncul di belakang Zaara di pantai Sentosa itu.
Comments